Alhamdulillah...
Jam 10.15 am aku dipanggil masuk dengan menggunakan number 4006 (maknanyer orang ke enam). Sebelum tu dah sejuk kaki tangan.. Hafal doa yang jiran bagi..(Jiran kater doa ni amat sesuai untuk interview)
Finally dapat jugak interview EO lepas lulus exam 2 tahun lepas. Kali ni nak pakai 67 orang untuk seluruh malaysia. Harap-harap luckly lah.. Ameen Aku adalah orang yang ke 6 untuk hari pertama interview N27. Kebetulan pada hari yang sama ade3 3 gred yang interview skali. N 27, N 29 dan N32. Keadaan di SPA Putrajaya agak sistematik so tak de lah berserabut. Ader 10 bilik untuk interview A-P. Bilik aku adalah bilik P.
Malam tu dah study apa yang patut study.. Siap tanya 'orang lama' yang dah interview lagi. Antara soalan biasa ditanya ialah tugas EO, beza Fail Meja dan FKMK, kena study isu semasa contoh sekarang pasal pilihanraya.. dan prepare untuk speaking in Inglish (biasa pasal latar belakang diri kita).
Mula-mula masuk ader 2 panel interview. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Lepas ucap salam terus bagi fail peribadi dan disuruh duduk terus aku duduk. Mula-mula panel lelaki tu tanya ni 1st time interview ke.. Aku mengiakan jer. Actually panel ni banyak menyembang daripada tanya soalan. Yang panel no2 (perempuan) tu yang start tanya soalan berkenaan cuti, e-goverment dan aset negara. Kalau tak boleh jawab aku akan mintak maaf sebab tak boleh jawab. Kebetulan baru lepas aku jadi petugas SPR so aku dengan jujurnya bagi tau saya mintak maaf persediaan saya kurang memandangkan surat interview dihantar lewat dan kesibukan saya sebagai petugas SPR untuk undi awal. Bila bercerita pasal pilihanraya terus ditanya pasal dakwat kekal.. Apa lagi aku goreng jer bagi masak... Alhamdulillah boleh jawab..
Selebihnya berdoa pada yang berkuasa. Masa aku diinterview adalah 10 minit saja. Lega dah siap.. Bulan 7 tunggu result.. Ermmm... hopely dapatlah...



































